Thursday, February 11, 2010

معلم الدين الذي غمض له الدين- Guru agama yang kabur agama

Tidak hairan dunia melihat, meneropong dan mencoret,
guru agama yang dijulang melangit,
ustaz ustazah yang disambut bingit,
tapi ilmu tidak mengenal siapa sakit,
biar seribu ekar dikejar dililit,
semuanya hanya pada akal yang sedikit,

ustaz berifta sendiri-sendiri,
tiada peduli ilmu fiqh dan hadith Nabi,
tidak pernah bertanya khabar ilmi,
hanya bertongkat pada diri,
berlagak alim dirinya reti,
tidak sekali pun mencari ilmu haqiqi,
enak tidurnya dialun naluri,
jahil dan terus jahil,
disesatkan dengan nafsu hati..

Kerna itu anak didik hilang punca,
tak tahu siapa nak sapa,
tak pandai bagaimana ucapan anbiya,
tak kenal siapa ulama,
tak mengerti di mana ibadatnya,
tak memahami apa Islamnya,
jahil kerana gurunya leka,
berlagak banyak ilmunya,
berlabel agama,
tapi kabur agamanya...

4 comments:

Hasnan said...

Salam,

Semberono berfatwa tidak bermakna tiada agama... cuma, jahil agama. "Guru Agama Yang Jahil Agama" lebih sesuai.

Ibnu Husain El-Qahiry said...

hanya kalam balaghiy, memang maksudnya demikian, bukanlah menidakkan agama pada seseorang guru itu.

WA

Saif Shah =) said...

salam...

yerp, banyak sgt2 berita2 yg keluar... Kadang2 takut dgr guru agama sndri yg buat masalah, buat onar, dan xkrg juga yg termasuk perangkap musuh...

InsyaAllah, semua orang tanpa mengira siapa, sentiasa memerlukan hidayah dr NYA, spy ilmu & kefahaman yang ada, walau sedikit terpimpin ke arah memahamkan manusia kepada Allah SWT...

Barakallahufikum!! =)
doa epoi utk semua di sana...

Ibnu Husain El-Qahiry said...

salam,benar epoi,kita bimbang dan sgt bimbang guru2 agama leka di zaman fitnah ini..↲smoga epoi bhagia dan mudah belajar,amin.